Copyright © Fariz Izhan
Design by Fariz Izhan
21 Mei 2013

Pengasas Tumblr Buat Ibu Bangga


Sebelum ada Tumblr. Ibu kepada pengasas Tumblr bangga dengan anaknya, David Karp yang berhenti Sekolah Tinggi Sains Bronx dalam usia 14 tahun lagi. Baru-baru ini Tumblr telah dijual kepada Yahoo dengan $1.1 billion dollar bersamaan dengan $3.3 billion ringgit Malaysia.

David Karp, pengasas Tumblr, pada hari Isnin bersama Marissa Mayer, ketua eksekutif Yahoo.
Barbara Ackerman, ibu David bukan bangga dengan penemuan Tumblr. Tetapi ibunya bangga dengan David kerana David menunjukkan minat yang mendalam terhadap komputer. Puan Barbara percaya minat anaknya itu akan membawa David ke masa hadapan yang lebih cerah. Lalu Puan Barbara memutuskan David untuk berhenti sekolah dan memberi ruang sepenuhnya kepada David untuk fokus dengan minatnya yang tersendiri. Tak putus-putus ibunya memberi dorongan dan semangat. 

Oleh kerana Encik David tahu apa yang nak dibuat dengan minatnya, maka die berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi lebih bagus dengan kemahirannya itu. Sehingga, Encik David muncul sebagai pembina laman sosial bernilai $500 juta dollar bersamaan dengan $1.5 billion ringgit Malaysia dalam tahun 2012.

Bagi yang tidak kenal apa itu Tumblr, Tumblr adalah platform blog yang membolehkan pengguna untuk menghantar teks, imej, video, links, quotes dan audio ke tumblelog mereka. Sekarang, lebih 50 billion pos daripada pengguna seluruh dunia.


0 ulasan:

Catat Ulasan