Copyright © Fariz Izhan
Design by Fariz Izhan
16 April 2013

Si Bisu Dan Pembuli


Lepas makan dengan adik lelaki aku semalam, ada seorang budak bisu, kurus kering, minta sikit derma untuk makan.

Aku tak sempat nak hulur, dia dah pergi minta kat orang lain. Aku tunggu kejap kat meja makan aku tadi.

Tiba-tiba budak tu keluar dengan seorang mamat badan besar sket daripada aku, pakai spek gak, muka innocent tengah heret keluar budak bisu tu tadi.

Aku tak rasa pun tu abang dia ke apa. Aku rasa mamat tu tak patut heret budak bisu macam tu, nampak macam tengah cekik budak tu.


Aku tanyalah mamat tu, "kenapa nih?". (loghat kelantan "bakpo nih?") Mamat tu jawab dengan menyindir, "budak ni mintak duit, lapar, kesian.." 

Aku peduli apa mamat tu cakap apa, aku cepat-cepat hulur sekeping kat budak bisu tu. Cepat-cepat aku turun, aku fikir adik lelaki aku dah tunggu kot kat kereta tadi.

Lepas aku cerita balik kat adik aku, dia cakap dah macam hero plak aku ni. Bukan apa, mungkin Allah bagi sikit kekuatan untuk tolong sikit budak bisu tu. 

Ceritanya, tak perlulah heret budak bisu tu macam tu sekali. Tak perlulah rasa terganggu macam tu sekali. Dia manusia, kita pun manusia. 

Semoga kita semua mempunyai kesedaran yang bagus-bagus. InsyaAllah. All the best buat semua. Chaiyok !



4 ulasan:

  1. Balasan
    1. insyaAllah. sambil2 jugak ni tuk tulis komik. ^_^

      Padam
  2. nnt boleh tlg smbungkan jalan cerita novel yg sy buat tu..hihihihi

    BalasPadam