Copyright © Fariz Izhan
Design by Fariz Izhan
28 April 2013

iPad Painting 01

Ni beberapa lukisan saya buat dalam ipad. Setengah org ada yg tak percaya boleh dapat lukisan macam ni dalam ipad. Setengah org percaya. 

Ya. Sebelum boleh lukis dlm ipad, kene la boleh lukis atas kertas dulu. Boleh jugak trus lompat melukis secara digital tapi untuk jadi lebih bagus, kene titik berak jugak terhadap teknik dan kemahiran melukis dgn mnggunakan peralatan seperti pensil, berus, pemadam dan sebagainya. 


Lukisan yg prempuan tu lah waktu pc sy rosak tempoh hari. huhu. sabar. =D


Ni painting Jafar dalam filem animasi Aladdin. Saye terlihat dan tertarik dgn Jafar versi hensem ni. So, sy buat dlm ipad. Nanti sy update sebalik pembikinan painting Jafar ni. insyaAllah. =)

Time kasih sebab appreciate kerja sy. I wish you all the best. chaiyok ! =D



22 April 2013

PC Break Down


PC saye rosak 3 hari lepas, memang rasa sedih. Tak dapat nak buat keje, apetah lagi melukis. Kebetulan plak hujung minggu. Daripade masa saye terbuang begitu saje. Lebih baik lah saye buat sesuatu.

Tengah saya bukak keek, saye terjumpe Tiz Zaqiyah buat video ni dgn aplikasi vidrhythm. Saye mmg suke buat video dan dah lama tak update video baru. Jadi, saye cubalah dapatkan aplikasi tu dan mula buat video. Mula-mula tu agak tak best. Tunjuk kat anak buah. Anak buah cakap tak best. So, saye buat sampai die cakap best. Hehe.

Korang boleh dapatkan aplikasi tu dalam apps store secara percuma. Ya. Selain melukis, saye pun minat buat video. InsyaAllah. Nanti saya update video lagi.

Saye ade jugak lukis dalam ipad sementara komputer saye tak brapa boleh bfungsi. Nanti saye share lukisan tu dalam entry seterusnya. InsyaAllah. Kalau nak terus tengok. Boleh tengok kat facebook saye ni ; https://www.facebook.com/farizizhanabdulhadi

Selamat menonton dan selamat mencuba. Time kasih. =D 
20 April 2013

Jati Diri Novel Grafik


Novel grafik same je dgn komik, cume ade segelintir orang yg malu dgn perkataan komik tu. Seolah-olah perkataan komik itu adalah utk kanak-kanak bawah umur je. Lepas tu menghukum membaca komik tu adalah suatu yg sia-sia dan tidak berfaedah, padahal sebaliknya.



Sekarang, industri pcetakan buku semakin mengembang sperti bunga yg segar. Penerimaan ke atas novel grafik yg awesome ni akan mmberi dorongan kpd para penerbit komik utk terus giat menghasilkn modal cerita yg bagus-bagus.


Semoga terus melakar jauh ke persada dunia sambil memartabatkan negara Malaysia dgn karya seni anak kebangsaan serta Islamik. Tak kirelah komik, novel mahupun buku-buku ilmiah yg lain.

InsyaAllah.
17 April 2013

Follower Blogspot Yang Ke 35


Follower blogspot aku yang ke 35. Terima kasih Lyana Kamarulzaman. Boleh check blog Lyana yang awesome kat lyanakamarulzaman.blogspot.com Terima kasih.

Semamangnya, aku suka nombor ganjil. Kalau jarak dekat-dekat macam 37 lepas tu 39, 41, 43, 45 dan seterusnya tu aku tak sempatlah. Tapi mungkin lepas nih aku akan buat lagi untuk follower yang ke 39. InsyaAllah.

Akhir-akhir ni aku asyik buat painting monochrome(cer search dalam google) je sebab aku nak sesuaikan diri dalam mereka cipta watak dengan lebih menarik. 

Latihan ini lebih berkesan untuk mendapatkan fizikal watak yang menonjol. Boleh juga untuk mendapatkan posisi yang menarik dengan lebih berkesan. 

Ok. Better aku stop. Dah bunyi macam lecturer plak, tapi aku rasa lecturer aku lagi sempoi.

Akhir kata, practice makes perfect. Dont give up ! Chaiyok !
16 April 2013

Si Bisu Dan Pembuli


Lepas makan dengan adik lelaki aku semalam, ada seorang budak bisu, kurus kering, minta sikit derma untuk makan.

Aku tak sempat nak hulur, dia dah pergi minta kat orang lain. Aku tunggu kejap kat meja makan aku tadi.

Tiba-tiba budak tu keluar dengan seorang mamat badan besar sket daripada aku, pakai spek gak, muka innocent tengah heret keluar budak bisu tu tadi.

Aku tak rasa pun tu abang dia ke apa. Aku rasa mamat tu tak patut heret budak bisu macam tu, nampak macam tengah cekik budak tu.


Aku tanyalah mamat tu, "kenapa nih?". (loghat kelantan "bakpo nih?") Mamat tu jawab dengan menyindir, "budak ni mintak duit, lapar, kesian.." 

Aku peduli apa mamat tu cakap apa, aku cepat-cepat hulur sekeping kat budak bisu tu. Cepat-cepat aku turun, aku fikir adik lelaki aku dah tunggu kot kat kereta tadi.

Lepas aku cerita balik kat adik aku, dia cakap dah macam hero plak aku ni. Bukan apa, mungkin Allah bagi sikit kekuatan untuk tolong sikit budak bisu tu. 

Ceritanya, tak perlulah heret budak bisu tu macam tu sekali. Tak perlulah rasa terganggu macam tu sekali. Dia manusia, kita pun manusia. 

Semoga kita semua mempunyai kesedaran yang bagus-bagus. InsyaAllah. All the best buat semua. Chaiyok !



15 April 2013

Silhouette 01

Lukisan pelbagai bayang karakter

Boleh jadi latihan bagi saya untuk mereka cipta watak dengan lebih bagus. InsyaAllah.

Silhouette(bahasa inggeris) atau bayang sesuatu watak tu kena jelas supaya orang mudah paham dan jelas dengan apa yang watak itu tengah buat.

Lagi satu, saya nak minta maaf sebab dah lama sangat sangat sangat sangat tak update blog.

Meh follow hasil karya seni digital saya sepanjang saya tak aktif blog ni ;

Facebook : http://www.facebook.com/farizizhanabdulhadi

Twitter : http://twitter.com/farizhan